Pages

Wednesday, December 31, 2014

Penampilan seorang muslimah

Assalammualaikum :)

Pada pagi ini, tajuk yang saya nak tulis tentang bagaimana nak menjadi seorang muslimah yang terbaik fi dunnia wal akhirat. Sebenarnya saya nak ceritakan lebih kepada penampilan wania itu sendiri. Hal, ini kerana ramai muslimah yang mengambil mudah tentang aurat dan bab-bab untuk menutupi. Mungkin dengan cara saya menulis tentang hal ini akan memberi kesedaran buat semua termasuklah untuk diri saya jugak.

Sebenarnya, banyak perhiasan wanita atau muslimah yang perlu kita jaga. Antaranya :

1 . Bulu kening

Menurut Bukhari ” Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) ” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari 
 Cara megatasi - jangan nipiskan bulu kening ye. Bulu kening yang original lagi lawa :)

2 . Kaki ( tumit kaki )

” Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan “An-Nur : 31
Cara mengatasi - pakailah stoking untuk menutupnya. Tapi, pastikan stoking yang anda pakai adalah stoking yang tebal. Sebab kadang-kadang saya lihat ada muslimah yang memakai stoking tetapi jari kakinya nampak atau lebih tepat, stoking muslimah tersebut adalah jarang.
 

 

3 . Dada

” Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka ” An-Nur : 31
Cara mengatasi - Ini pula berkaitan dengan tudung kita. Mungkin muslimah boleh melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. Bukan ke apabila menutupi, kita akan berasa lebih selamat. 
 

4 . Gigi

” Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ” Riwayat At-Thabrani
” Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah ” Riwayat Bukhari dan Muslim
 

5 . Muka dan leher

” Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu “
Cara mengatasi - Ini lebih kepada bersolek ( make-up ). Kalau kita nak keluar rumah, boleh bersolek tetapi tidak berlebihan. Ia juga berkaitan dengan leher, maka kita hendaklah memakai tudung yang tidak jarang untuk mengelak dari nampaknya leher.
 

6 . Muka dan Tangan

” Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja ” Riwayat Muslim dan Bukhari
 Cara mengatasi - Ini bermaksud, muslimah hendaklah menutupi semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

7 . Mata

” Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya ” An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan ” Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
 Cara mengatasi - Pandangan haruslah dijaga dengan cara tundukkan pandangan kita apabila berhadapan dengan ajnabi atau orang yang bukan mahram kita.

8 . Mulut ( suara )

” Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik ” Al Ahzab : 32
” Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi” Riwayat Ibn Majah
 Cara mengatasi - Maka muslimah hendaklah menjaga suara, dan tidak melunakkan suara.

9 . Kemaluan

” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) ” An Nur : 31
” Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah “Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

10 . Pakaian

” Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allahakan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti ” Riwayat Ahmad ,Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
” Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya ” Riwayat Bukhari dan Muslim
” Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan
mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang “Al Ahzab : 59
 
” Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ati suaminya ,maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya ” Riwayat Al Bazzar
 Berdasarkan rieayat diatas, jelaslah bahawa, muslimah atau wanita itu mudah untuk masuk ke syurga asalkan mereka menjaga perkara-perkara diatas itu.

 Kesimpulannya, banyak sebenarnya perkara yang perlu dijaga oleh para muslimah. Perkara yang saya tulis ini sebenarnya tidak meliputi semua perkara. Kepada yang membaca post ini, jika terdapat sebarang kemusykilan hendaklanh merujuk kepada orang yang lebih arif. Misalnya, para alim ulama atau orang lebih berilmu. Post ini adalah tugas saya sebagai manusia untuk semua kerana manusia itu handaklah berpesan-pesan sesama mereka. Saya mengingatkan anda, sebenarnya saya juga mengingatkan diri saya. Kita hendaklah amar ma'ruf nahi mungkar sesama manusia.
Alhamdulillah, siap juga post untuk kali ini. Jika ada kesempatan, INSYA ALLAH... post seterusnya menyusul. Moga menjadi insan yang terpilih. Amin.
 
 
Kita di tahap mana? renung-renungkanlah....

Mungkin ini kesimpulan yang lebh ringkas

 sekian............
 

No comments: