Pages

Tuesday, December 30, 2014

KEMANISAN ITU ADA!

Alhamdulillah, kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah adalah kenangan yang sangat indah dan manis. Hari ini, saya akan ceritakan satu cerita yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Pada mulanya, saya hanya seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan yang hanya duduk di kelas aliran agama. Keputusan UPSR yang kurang memuaskan dan hanya peroleh 2A sahaja, menyebabkan diri ini berasa kerdil di hadapan kawan-kawan yang lain. 

Dalam masa yang sama, kejutan datang dan saya diterima memasuki asrama. Walaupun asrama harian sahaja, mudah-mudahan ianya adalah yang terbaik bagi saya. Kehidupan sebagai seorang pelajar asrama harian sememangnya sangat mencabar kerana rakan-rakan yang ada bukanlah yang sekufu dengan kita. Ketika itu, kelas aliran agama hanya mempunyai satu kelas sahaja dan majoritinya pelajar asrama lebih kurang 20 orang sahaja. Apabila di asrama, kehidupan kami bercampur dengan pelajar yang tidak mengambil bahasa arab. Sememangnya sangat sukar! apa yang sukar? 

Ketika itu, saya berada dalam tingkatan 3 dan akan mengambil PMR... kesedaran datang dengan cara salah seorang rakan saya mengajak untuk pakai stoking, pada mulanya saya membantah dengan sekerasnya. Saya tidak mempunyai kesedaran untuk pakai, kerana saya menganggap ianya merupakan perkara yang remeh dan tidak perlu dititikberatkan, sedangkan dalam islam sendiri mengatakan bahawa aurat seorang perempuan adalah seperti sewaktu dirinya solat. Semua mesti ditutup kecuali muka dan tapak tangan. 

Selepas sahaja, cuti pertengahan tahun, saya mengambil keputusan untuk memakainya. Alhamdulillah, saya memakai untuk melindungi kaki saya dari ajnabi. Ketika itulah, cabaran hadir, ramai rakan-rakan kami di asrama ini memandang pelik dan tidak berapa suka dengan cara kami. Sebelum pergi ke dewan makan, kami hendaklah beratur, sementara tunggu yang lain, kami memakai stoking di tepi tangga. Tetapi, apa yang kami dapat hanyalah komen negetif dan pandangan yang kurang senang dari rakan-rakan sebaya dan juga kakak-kakak senior. Kami sedih! sedih! Kami nak berubah tapi kenapa semua orang tidak menyokong atau berikan komen positif. Kawan saya berkata kepada saya "tidak mengapalah, ini ujian yang ALLAH berikan kepada kita, mungkin ada kemanisan di sebaliknya" YA ALLAH, terima kasih kerana kau mengurniakan rakan yang sangat memahami diriku ini. Kami jalan kehidupan kami sebagai seorang pelajar dengan biasa sehinggalah hari yang sangat mendebarkan tiba, iaitu PMR. 

Kami selesai PMR... dan keputusan diumumkan. Alhamdulillah, pengalaman lama mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Walaupun aku tak mencapai straight A's. Keputusan itu cukup mengembirakan saya. Sememangnya aku cemburu melihat rakan-rakan yang lain. Tapi, ibu kata, "itu semua rezeki masing-masing, mungkin ALLAH tak bagi sekarang. Manalah tahu.. ALLAH bagi kat akhirat nanti" YA ALLAH, terima kasih kerana kau mengurniakan orang-orang yang memahami dan menyayangi diriku.

Masuk sahaja di tingkatan empat. Saya diterima masuk ke SMKA..Pada mulanya, sangat sukar bagi saya untuk pindah, Tapi, mungkin rezeki aku disana untuk menyambung bahasa arab aku di pringkat tinggi. Saya pergi! Sahabat yang berikan aku kesedaran tidak pindah dari sekolah. katanya, tiada rezeki, mungkin rezekinya disini. Saya mulakan kehidupan aku sebgai seorang pelajar SMKA. Mata pelajaran yang saya ambil pula lebih dari yang lain. 11 subjek yang perlu saya pastikan gred nya mencapai gred A. Saya teringin untuk dapat keputusan semua A yang tegak macam kawad kaki tentera. 

Selepas beberapa bulan, cuti pertengahan tahun pun tiba, saya pergi berjumpa semula dengan sahabat saya dari sekolah lama. Dia pun memberitahu aku bahawa di asrama, sudah ramai yang memakai stoking. Alhamdulillah, itu lah kemanisan yang saya dapat rasai. ALLAH itu maha adil dan maha pemurah. Jangan ingat ALLAH itu tidak pernah beri apa-apa kepada hambanya. Cuma ianya cepat atau lambat.

Kesimpulannya, kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa usaha + tawakal + doa + istiqomah. INSYA ALLAH. semua cabaran yang tiba kita dapat mengatasi dengan baik. ALLAH takkan bagi dugaan kepada hambanya yang tidak dapat dilakukannya. Sampai sini sahaja coretan untuk kali ini, mudah-mudahan dengan kesihatan yang baik. Saya dapat menceritakan perjalanan aku sebagai seorang muslimah. Amin.

No comments: